Saturday, September 25, 2010

Time undiscovered

Bulan dan bintang adalah pasangan malam yang dijadikan untuk menyinari hidup manusia.Walau seerat mana bulan dan bintang itu,bintang tetap akan kalah dengan sang suria pada siang hari.Ini kerana bintang berada jauh sekali dan cahayanya tidak kuat berbanding sang suria.Ini kerana Sang suria berada dekat dengan bulan.Walaupun cahaya bintang sangat kecil menemani bulan tetapi hakikatnya cahaya bintang sangat cerah dari cahaya suria dan cahayanya mampu menutupi kehadiran sang  suria.Sang suria memancarkan cahaya untuk manusia di siang hari bagi memberi bulan berehat disampingnya.Walaupun bintang adalah pasangan yang setia bagi bulan tetapi bintang akan diketepikan apabila sang suria sudah terjaga.Walaubagaimanapun bintang sanggup bersama menemani bulan di waktu malam.Ketiadaan bintang akan membuatkan malam itu terasa sunyi.Kehadiran bulan keseorangan membuatkan malam tersebut dingin sekali.Ini kerana bintang dilindungi oleh kehadiran awan-awan hitam.Namun bintang masih setia menemani bulan.

No comments:

Post a Comment