Saturday, September 25, 2010

D.I.A

Kehadiranku selama ini adalah palsu.Penjiwaan yang aku luahkan kepadanya adalah dulu.Aku tersepit didalam sebuah bilik sempit yang penuh dengan kotoran.Adakah aku mampu untuk mencuci bilik yang kotor tersebut?Aku percaya pada cinta.Tetapi masa tidak memberi aku peluang untuk meluahkan isi hatiku.Aku seperti ibubapa yang melihat anaknya belajar berjalan.Pada mula belajar berjalan,kalau terjatuh ibubapa akan angkat dan pujuk.Dan memimpin tangan anaknya dan mengajarnya cara berjalan dengan kasih sayang.Tetapi apabila sudah lama,terjatuh pun ibubapa akan suruh kita berdiri sendiri.Aku rindu melihat mata,rambut dan belaian tangan.Aku tidak dapat merasai lagi semua itu.Sejauh mana aku kejar tidak akan aku kecapi.Cinta mengajar aku erti sayang.Cinta mengajar aku erti setia.Cinta juga mengajar aku erti kesedihan.Kehilangan memberi kesedaran kepadaku tentang siapa aku disisi tuhan.Aku hanyalah seorang insan yang kecil.Dan aku berasa sedih.Walaupun dulu aku mengabaikan tuhan,tuhan menerima hambanya yang mahu kembali ke jalan yang benar.Aku takut dengan azab neraka.Aku tak tahu adakah dosa silamku akan terampun jika aku berubah.Hidupku keliru.Pengakhiran ceritaku berakhir dengan kesedihan dan ia juga permulaan dengan hidup baru.Adakah ini balasan yang aku terima kerana aku membuat benda yang sama dulu dengan yang aku kena sekarang?Aku percaya Allah itu maha adil,aku mendoakan kesejahteraan orang lain dan kebahgiaan orang lain.

No comments:

Post a Comment